Menanggapi isu berkaitan dengan sokongan dana dan strategi daripada pihak luar dalam rusuhan di Indonesia pada akhir Ogos sampai awal september, terutamanya daripada rakan-rakan gerakan aktivis di Malaysia, hanya kerana mereka mempunyai hubungan yang kukuh dengan rakan-rakan aktivis di Indonesia.
Membuat sahaya, sebagai bahagian dari gerakan yang menggerakkan kumpulan kolektif bernama Nakama One Piece, rasanya perlu saya jelaskan jika pengkambinghitaman terhadap gerakan-gerakan aktivisme mahupun individu daripada luar Indonesia merupakan cara yang biadab yang mengandungi fitnah dan kebohongan. Apatah lagi, di era yang semakin global ini, isu solidariti antara anak muda lintas negara itu perkara biasa, selain kerana adanya persamaan nilai-nilai perjuangan, juga ada panggilan empati kemanusiaan sebagai sesama anak muda yang juga merasakan penindasan yang sama.
Dalam lintasan sejarah, ikatan antara gerakan aktivisme belia rantau ASEAN khususnya yang masih dikategorikan serumpun seperti dari Malaysia, Thailand selatan, dan Singapura merupakan perkara yang sudah lama berlaku. Khusus untuk Malaysia, hubungan antara gerakan belia di Indonesia dan Malaysia justru terjalin cukup erat kerana kesamaan budaya, isu, dan jarak yang memudahkan komunikasi.
Tapi hanya kerana rakan-rakan aktivis belia dari Malaysia mempunyai hubungan yang kukuh dengan rakan-rakan aktivis di Indonesia, yang bahkan mencetuskan sebahagian dari mereka melakukan unjuk perasaan di depan kedutaan besar Indonesia di Kuala Lumpur pada akhir Ogos dan awal September untuk mengecam tindakan represif polis Indonesia dan kerapnya mereka menerima kolaborasi pos di Instagram daripada akaun-akaun gerakan aktivis di Indonesia , telah menyebabkan tiga gerakan aktivisme daripada Malaysia seperti NGO Mandiri, Federasi My, dan Liga Mahasiswa Malaysia tercatat dalam dokumen fail acara penyiasatan atau BAP (berkas acara pemeriksaan) dari para aktivis belia yang masih ditahan di lokap polis metropolitan.
Hubungan antara ketiga gerakan ini, seperti gerakan-gerakan belia lainnya mahupun aktivis secara individu daripada Malaysia dengan rakan-rakan mahupun gerakan aktivisme belia di Indonesia memang sangat erat, apatah lagi pernah ada kunjung-mengunjungi antara rakan-rakan daripada Federasi.my, Liga Mahasiswa Malaysia, dan Mandiri.my ke Jakarta yang dibalas dengan kunjungan kawan-kawan daripada Lokataru, Blok Politik Pelajar, dan Gejayan Memanggil, yang kebetulan rakan-rakan daripada ketiga gerakan itu sedang ditahan oleh Polis Indonesia dengan tuduhan melakukan provokasi rusuhan di banyak lokasi di Indonesia. Namun, perlu digarisbawahi, persahabatan antara gerakan-gerakan itu bukan dalam konteks menyokong rusuhan tapi lebih kepada keupayaan untuk saling belajar dalam dunia pergerakan dan melakukan kolaborasi-kolaborasi yang berdampak kepada masyarakat sipil di negara masing-masing termasuk menguatkan semangat SEA-BLING (Solidariti antara warga sipil ASEAN).
Organisasi masyarakat sipil (OMS) memang perlu belajar saling belajar dengan OMS dari negara lain kerana ia membolehkan pertukaran pengetahuan, strategi, dan pengalaman yang boleh meningkatkan keberkesanan perjuangan mereka dalam menangani isu global seperti hak asasi manusia, alam sekitar, dan ketidakadilan sosial, sambil mengelakkan pengulangan kesilapan dan memaksimumkan impak kolektif di tengah-tengah cabaran yang semakin saling berkaitan akibat globalisasi. Teori Pembelajaran Sosial (Social Learning Theory) oleh Albert Bandura pernah menjelaskan fenomena ini dengan menekankan bahawa pembelajaran berlaku secara efektif melalui pemerhatian, peniru, dan model daripada entiti luar, di mana gerakan sipil boleh mengamati amalan daripada rakan kongsi antarabangsa, setakat ini tiada undang-undang lintas bangsa yang menghalang itu.
Sejauh ini memang ada usaha pembingkaian yang dicuba dilancarkan oleh mereka yang disebut Buzzer itu untuk cuba menggiring pendapat bahawa rusuhan di banyak lokasi di Indonesia pada akhir Ogos dan awal September itu disebabkan oleh banyak campur tangan gerakan asing termasuk ketiga gerakan dari Malaysia itu , bukan oleh kegagalan kerajaan dan kemarahan masyarakat yang sedar jika ada yang salah daripada dasar dan tindakan kerajaan Indonesia selama ini yang tiada empati dan represif.
Daripada mencari kambinghitam sampai merentasi sempadan sebetulnya kerusuhan yang terjadi di Jakarta karena sebab tiga aktor yang bukan sahaja kambing hitam tapi memang sudah pelaku, ketiga aktor itu yang pertama adalah para wakil rakyat yang arogan yang memperlekeh kuasa rakyat, seorang wakil rakyat dengan sombong berkata ” GOBLOK SEDUNIA”, mencabik marwah rakyat yang memilihnya.
Di tengah adanya jurang lebar antara janji jenama sebagai “wakil rakyat” dengan penghantaran jenama berupa dasar yang justru merugikan masyarakat, mereka yang kita sebut wakil rakyat itu hanyalah sekumpulan anjing peliharaan yang tidak mewakili rakyat tetapi kepentingan peribadi dan kumpulan politik mereka. Dengan ramainya orang Indonesia yang masih hidup di bawah garis kemiskinan, bahkan ada yang meninggal kerana kelaparan, susahnya generasi muda mendapatkan peluang kerja, dan banyak lagi yang tiada tempat tinggal. Mereka yang mewakili rakyat justru hidup mewah dengan elaun besar daripada negara, bahkan untuk meraikan kemewahan itu mereka berjoget-joget yang kemudian mencetuskan kemarahan rakyat, tiada satupun daripada mereka yang mundur selepas berlaku kerusuhan bahkan para wakil rakyat yang rumah mereka sudah dijarah oleh rakyat itu kemudian mempropagandakan kebaikan yang sudah mereka lakukan yang sebenarnya hanyalah ilusi politik.
Yang kedua adalah polis yang represif yang menangkap secara sembarangan bahkan membunuh rakyat yang tidak bersalah. Kes terbunuhnya pengendara ojek online kerana terlindas oleh kenderaan milik kepolisian, retaknya tulang kepala seorang pelajar sekolah menengah bernama VAC yang masih berusia 16 tahun, dan kes hancurnya organ dalam seorang mahasiswa dari AMIKOM Jogjakarta merupakan tiga contoh daripada banyak sekali kes represi yang memakan korban. Memang benar ada pula korban yang meninggal kerana ulah sesama demonstran, namun tiada asap jika tiada api yang mana letupan “amok” itu justru dibuat oleh pihak polisi Indonesia yang represif, seperti meninggalnya seorang pengendara ojek online di Makassar kerana dituduh mata-mata kepolisian, tidak lepas daripada faktor represi yang dicetuskan oleh mata-mata kepolisian sendiri yang disusupi di tengah masa aksi pada waktu sebelumnya, sehingga mereka menaruh curiga terhadap mereka yang dianggap memiliki ciri-ciri sebagai mata-mata kepolisian. Baru-baru ini beredar berita jika polis Jakarta akan memberikan wang senilai 500.000 ribu rupiah atau setara 127 ringgit kepada driver online untuk menjadi informan yang tentu saja mencetuskan adu domba yang berpotensi menghilangkan nyawa.
Sampai saat ini, polisi Indonesia masih menahan sebanyak 500 lebih pelajar , mahasiswa, dan banyak aktivis gerakan rakyat. Menyita buku-buku yang dianggap berbahaya dan melakukan penindakan yang menghalang peguam dan keluarga untuk menengok mereka di lokap. Publik Indonesia sebenarnya sudah mendesak agar kepala polis negara Indonesia untuk mundur namun setakat ini masih bertahan dengan posisinya, tiada pula hukuman tegas terhadap polis yang membunuh Affan, driver penghantar makanan online yang tewas akibat terlindas kereta baja polis.
Yang ketiga, rasuah, kolusi, dan nepotisme yang semakin merajalela yang dilakukan oleh para elit yang tidak ada tindakan tegas daripada kerajaan. Rancangan undang-undang perampasan aset pun tidak kunjung selesai.Budaya Korupsi, Kolusi, dan Nepotisme (KKN) di Indonesia, yang telah mengakar sejak era Orde Baru di bawah Soeharto, terus menjadi isu utama yang memicu kemarahan masyarakat, terutamanya golongan muda dan buruh, kerana ia memperlekehkan kesenjangan sosial, merosakkan kepercayaan kepada institusi negara, dan menghalang pembangunan yang adil.
Setakat ini, penulis boleh menyimpulkan jika pengkambinghitaman ini adalah usaha negara Indonesia untuk menutupi kegagalannya dalam menciptakan keadilan ekonomi, politik, undang-undang, sosial, alam sekitar dan lain-lain lagi kepada masyarakat sipil. Pengkambinghitaman merupakan amalan yang amat merosakkan dalam konteks demokrasi kerana ia mengalihkan perhatian daripada isu asas seperti kegagalan kerajaan dalam memenuhi janji-janji keadilan dan akauntabiliti, sambil mencipta musuh luar atau golongan tertentu sebagai penyebab masalah, yang seterusnya merosakkan kepercayaan awam terhadap institusi, menghalang dialog terbuka dan penyelesaian sebenar, serta boleh membawa kepada penindasan terhadap mereka yang tidak pro kerajaan. tentu sahaja itu bertentangan dengan prinsip demokrasi yang menekankan kebebasan bersuara, kesaksamaan, dan tanggungjawab kolektif untuk membina masyarakat yang adil.
(Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian filsufi.my)