Home / Pendapat / Pemikiran / Buku pertama diharamkan, Benz Ali menulis Antithesis Vol. 2

Buku pertama diharamkan, Benz Ali menulis Antithesis Vol. 2

KUALA LUMPUR – Penulis dan pendiri Toko Buku Rakyat, Benz Ali kembali dengan naskhah terbarunya, Antithesis Vol. 2, selepas buku pertamanya— Antithesis— pernah diharamkan kerajaan. Benz Ali yang juga terkenal dengan pandangan-pandangan kritis dan kritikal terutamanya dalam daerah politik dan pemikiran antara aktivis buku yang awal menggerakkan banyak siri wacana pemikiran di Kuala Lumpur.

Buku terbaru ini melanjutkan tradisi penulisan kritikal Benz Ali — mempersoalkan kuasa, ideologi dominan dan struktur sosial yang menekan rakyat. Melalui gaya penulisan sinis, provokatif dan tanpa kompromi, beliau sekali lagi mengangkat wacana yang jarang diberi ruang dalam arus perdana.

Pra tempah karya Antithesis Vol. 2 segera.

Bagi sebahagian pembaca, karya Benz Ali menjadi ruang alternatif untuk mendengar suara yang disisihkan; bagi pihak berkuasa pula, penulisannya sering dianggap mengganggu dan menyinggung status quo. Toko Buku Rakyat yang dibangunkannya turut pernah menerima intimidasi daripada pemerintah Madani apabila buku-buku yang dianggap menggugat moral kerajaan telah dirampas.

Dengan terbitnya Antithesis Vol. 2, Benz Ali— pengasas Kuliah Buku (KUBU) dan REPUBLIK BUKU ini— sekali lagi mengingatkan bahawa buku bukan sekadar helaian kertas — ia senjata wacana, ruang perlawanan, dan tanda bahawa fikiran bebas tidak mudah dibungkam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *