pada dunia yang kian kejam,
membiarkan kezaliman menjadi raja,
merobek luka segala sukma yang menanti,
namun hanya mampu menjadi penunggu.
di saat kemanusiaan kian memuncak,
keteguhan kian membara mewarnai hati,
datang bersama harapan,
melayarkan diri di dataran biru.
berbeza warna dan diri,
namun tetap teguh bersama angin yang berlalu,
namun kezaliman masih sama,
menghapus segala tinta harapan.
apakah dunia masih buta?
atau hanya di butakan,
sedarlah dari kenistaan madah,
ini kekejaman bukan pertahanan.
Shahrul Al Muhaffiz bin Bacho merupakan seorang pelajar ijazah sarjana muda di Universiti Utara Malaysia. Anak watan kelahiran Lahad Datu, Sabah ini sangat aktif menulis sajak sewaktu di bangku sekolah lagi dan pernah menyertai pertandingan menulis sajak sehingga ke peringkat kebangsaan. Beliau terus aktif berkarya sehingga ke hari ini.