Home / Pendapat / Politik / Dunia di Dalam Genggaman Israel oleh Ibnoo Jalil

Dunia di Dalam Genggaman Israel oleh Ibnoo Jalil

Beberapa hari yang lalu kita dikejutkan oleh peristiwa penangkapan aktivis2 Global Sumud Flotilla oleh tentera Israel di perairan Palestine.

Kecewanya kita kerana harapan penghantaran makanan kepada penduduk Gaza tidak sampai, malah dirampas oleh Israel. Dan rampasan itu khabarnya diagihkan kepada rakyat Israel pula. Memang mereka tiada hati perut.

Apa pun dunia menyaksikan satu lagi kekejaman Israel, yang menyeksa rakyat Gaza, membiarkan mereka kelaparan malah menghalang bantuan kemanusiaan.

Betapa malangnya rakyat Palestine dan penduduk Gaza, seluruh mereka dilabel sebagai “terrorist” dari kanak-kanak , perempuan hinggalah orang tua. seluruh dunia hanya mampu melihat. 

Yahudi Israel hari ini menjadi sangat kuat. Menguasai ekonomi dan politik dunia, punya kekuatan tentera yang besar , teknologi nuklear yang kuat dan menguasai Tanah Arab melalui sekutu mereka Amerika Syarikat.

Sehari demi sehari sifat syaitan mereka semakin jelas. Bebas membunuh dan menyiksa mana -mana manusia di dunia ini.

Gabungan Israel dan Amerika Syarikat umpama menjadi penentu dalam kehidupan di dunia ini. Amerika Syarikat sebagai polis dunia umpama polis yang kekenyangan kerana disogok Israel.

Mungkin akan ada Global Sumud Flotilla yang ke 38 dan ditahan lagi oleh Israel?

Apakah ada harapan untuk kedamaian di Gaza? Atau Gaza akan rata , Palestine akan hilang dari peta dunia?

Selepas Palestine siapa pula jadi mangsa?

(Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian filsufi.my)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *