Dalam Era Globalisasi ini terdapat ledakan dari media sosial bagi generasi muda semakin terdedah kepada pelbagai maklumat sama ada benar dan palsu membina dan memecah belah antara kaum. Dalam suasana ini tahap pemahaman seperti sejarah konflik dan perpaduan menjadi semakin penting bukan sebagai hafalan tarikh dan peristiwa semata-mata tetapi sebagai panduan membina masyarakat yang matang serta adil dan bersatu.
Dalam sejarah ada sejarah konflik kerana ia mengajar kita bahawa perpecahan jarang berlaku secara tiba-tiba. Selalunya berlaku daripada kejadian salah faham seperti ketidaksamaan, prejudis dan kegagalan dialog antara satu sama lain. Konflik ini berlaku antara sesama kaum, agama mahupun wilayah di pelbagai negara termasuk di rantau ini membuktikan bahawa keamanan tidak wujud secara automatik ia perlu dipelihara , difahami dan dipertahankan.
Bagi generasi muda, memahami sejarah konflik bukan untuk membuka luka lama malahan untuk mengenal pasti punca masalah. Tanpa kefahaman ini masyarakat berisiko mengulangi kesilapan yang sama dalam bentuk baharu sama ada melalui ujaran kebencian di media sosial, ekstremis pandangan atau politik perkauman. Kalau konflik ini berlaku apa yang berlaku memecah belah, sejarah perpaduan pula memperlihatkan apa yang menyatukan masyarakat perpaduan tidak lahir secara spontan ia dibina melalui kompromi toleransi dan keinginan hidup bersama walaupun berbeza latar belakang. Generasi terdahulu telah melalui proses sukar daripada penjajahan perjuangan kemerdekaan, pembentukan negara, sehinggalah usaha mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk. Kisah-kisah ini wajar difahami oleh generasi muda agar mereka menyedari bahawa keamanan hari ini adalah hasil pengorbanan dan kebijaksanaan masa lalu bukan sesuatu yang boleh diambil ringan.
Dari segi empati sejarah juga mempunyai fungsi dalam membina empati iaitu apabila muda memahami penderitaan, trauma dan cabaran yang dialami oleh kumpulan lain dalam sejarah, mereka akan lebih berhati-hati dalam tutur kata dan tindakan. Empati inilah sebagai akar kepada perpaduan sebenar bukan sekadar slogan atau sambutan bermusim. Melalui sejarah, pelajar belajar bahawa setiap konflik mempunyai manusia sebenar di sebaliknya bukan sekadar angka atau statistik. Kesedaran ini penting dalam membentuk masyarakat yang menghormati perbezaan dan menolak keganasan.
Ada yang beranggapan bahawa sejarah ialah menceritakan cerita kisah lama yang tidak lagi relevan. Hakikatnya masa depan dibina berdasarkan pemahaman masa lalu. Generasi muda hari ini ialah pemimpin, pembuat dasar dan penjaga keamanan pada masa hadapan. Tanpa kefahaman tentang konflik dan perpaduan, keputusan yang dibuat berisiko menjadi sempit dan tidak insklusif . sejarah mendidik bahawa perbezaan bukan ancaman, sebaliknya kekuatan jika diurus dengan bijaksana. Inilah mesej terpenting yang perlu difahami oleh generasi muda dalam dunia semakin kompleks dan saling bergantung.
Tuntasnya memahami sejarah konflik dan perpaduan bukan sekadar keperluan akademik malahan keperluan sosial dan moral, kerana membentuk generasi muda yang berfikiran matang, berempati dan bertanggungjawab terhadap keamanan masyarakat. Sejarah kalau dapat faham dengan betul bukan untuk melakukan malapetaka tetapi menyatukan ummah.
“Generasi yang memahami sejarah ialah generasi yang lebih bersedia menghadapi masa depan”
Dr. Yusry Sulaiman
Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun & Falsafah
Universiti Utara Malaysia



