Tahukah kawan-kawan bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menyumbat pemimpin koruptor ke penjara dan memastikan mereka dihukum sekeras-kerasnya kerana mencuri duit rakyat yang seharusnya mereka urus dan distribusikan dengan adil dan amanah.
Dalam siri Naratif, kami menampilkan tiga wajah pemimpin koruptor di Asia yang telah dihukum oleh rakyat akibat seleweng dan skandal politik mereka. Mari mengenali koruptor!
- Chen Shui-bian (Taiwan)
Chen Shui-bian pernah jadi ikon perubahan politik Taiwan. Dia muncul sebagai presiden dari parti pembangkang Democratic Progressive Party (DPP) pada tahun 2000, menamatkan dominasi Kuomintang yang berpuluh tahun pegang kuasa. Ramai masa tu nampak dia sebagai “harapan baru” untuk Taiwan yang lebih bersih dan progresif.
Tapi selepas habis tempoh jawatan pada 2008, nama Chen jadi sinonim dengan skandal rasuah. Dia dituduh menerima rasuah, menyalahgunakan kuasa, dan terlibat dalam pengubahan wang haram melalui akaun-akaun rahsia di luar negara. Tahun 2009, mahkamah jatuhkan hukuman penjara seumur hidup untuk Chen — satu keputusan yang mengejutkan rakyat Taiwan. Walaupun kemudian hukumannya dikurangkan, ia tetap jadi peristiwa penting: seorang bekas presiden dihukum macam orang biasa.
Chen akhirnya dibebaskan pada 2015 atas alasan kesihatan, tapi kes dia tinggalkan luka besar dalam politik Taiwan. Dari simbol harapan kepada simbol kegagalan integriti — itulah ironi Chen Shui-bian
- Najib Razak (Malaysia)
Di Malaysia, nama Najib Razak hampir tak boleh dipisahkan dengan skandal 1MDB. Skandal ini bukan sekadar kes rasuah biasa, tapi skandal kewangan global yang libatkan bank-bank antarabangsa, jet peribadi, parti mewah di Hollywood, dan juga filem blockbuster The Wolf of Wall Street.
Najib, yang pernah jadi Perdana Menteri Malaysia dari 2009 hingga 2018, dituduh salah guna kuasa dan menerima ratusan juta ringgit melalui SRC International, anak syarikat 1MDB. Tahun 2020, mahkamah sabitkan dia bersalah atas tujuh pertuduhan dan hukum 12 tahun penjara. Untuk kali pertama dalam sejarah Malaysia, seorang bekas Perdana Menteri jalan masuk penjara.
Walaupun hukuman Najib kemudian dipotong, kes ini tetap jadi turning point. Rakyat Malaysia, terutama generasi muda, rasa inilah bukti bahawa sistem boleh menjatuhkan pemimpin besar bila tekanan rakyat cukup kuat. Nama Najib kekal sebagai peringatan — kuasa politik tak kebal daripada undang-undang.
- Park Geun-hye (Korea Selatan)
Park Geun-hye ada cerita lain pula. Dia anak kepada bekas diktator Korea Selatan, Park Chung-hee, dan jadi presiden wanita pertama negara itu pada tahun 2013. Harapannya besar — ramai rakyat anggap dia lambang “kemodenan” Korea Selatan.
Tapi 2016, rakyat turun beramai-ramai ke jalan dalam siri protes lilin (Candlelight Protests), selepas terbongkar skandal “Choi Soon-sil Gate.” Park didakwa membenarkan rakan baiknya, Choi Soon-sil, mempengaruhi keputusan kerajaan dan kaut keuntungan daripada syarikat-syarikat besar termasuk Samsung.
Protes besar-besaran ini akhirnya membawa kepada pendakwaan Park. Pada 2018, dia dihukum 25 tahun penjara atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa, dan campur tangan politik. Ia bukti kuat bahawa rakyat Korea Selatan mampu jatuhkan presiden melalui kekuatan kolektif. Walaupun pada 2021 Park diberi pengampunan presiden dan dibebaskan, imejnya sudah runtuh.