Sabah bakal meriah sekali lagi dengan North Borneo Rainforest Festival 2025 pada 11–12 Oktober di Kampung Budaya Koisaan, Kota Kinabalu. Edisi ke-3 festival ini mengangkat tema “Pisompuruan” (Perpaduan), menyatukan seni, budaya, dan alam semula jadi dalam satu perayaan yang unik.
Festival tahun ini menampilkan 7 suku kaum dari Taiwan, termasuk suku Ami, bersama persembahan istimewa Mathew Ngau Jau, Master Sape Kenyah dan Warisan Hidup Negara. Tidak lupa juga penampilan daripada Aki Yutam, pembuat alat musik tradisi yang berasal daripada Ranau.
Pengunjung boleh menikmati muzik, tarian, bengkel interaktif, pameran budaya, dan masakan tempatan sambil menyelami tradisi dan adat Borneo yang autentik.


Tiket boleh dibeli melalui saluran rasmi. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perayaan perpaduan, seni, dan alam Borneo ini. Maklumat lanjut boleh didapati di Facebook Rasmi North Borneo Rainforest Festival.