Menjelang PRN yang bakal berlaku dalam negeri sabah, kecoh di platform media sosial mengenai siapa yang bakal mentadbir negeri Sabah?
Dikala dilanda kekecohan satu perkara disampingkan iaitu BELIA yang bakal melakukan pengundian buat kali pertama dan kedua. Pada tahun 2019 secara rasminya had umur mengundi daripada 21 tahun diturunkan kepada 18 tahun . Ini merupakan satu inisiatif yang baik dilaksanakan kerana ini memberi ruang dan peluang kepada seluruh belia dalam negara untuk mereka memilih pemimpin .
Namun persoalannya adakah belia mempunyai tahap literasi politik yang jelas untuk memilih pemimpin khususnya di negeri Sabah? Jika dilihat melalui mata kasar, Belia yang baru menginjak usia 18 tahun masih berada dalam fasa pembentukan diri. Satu perspektif dilihat sudah memberikan seribu satu kerisauan.
Perspektif kedua, belia mengundi buat kali pertama . Pada umur lingkungan 19 tahun hingga 20 tahun, ini menimbulkan satu persoalan dalam minda, bagaimana kita perlu memilih pemimpin? Adakah kita perlu menilai daripada manifesto yang dijanjikan, ciri kepimpinan yang ada pada seseorang atau memberikan ruang dan peluang sekali lagi untuk seseorang mentadbir negeri yang tercinta ini?
Secara literal penilaian belia untuk memilih pemimpin masih berada pada tahap yang sangat membimbangkan kerana jika lihat pada masa lampau tatkala rang undang undang ini digubal, ada belia memilih disebabkan hasutan rakan , ahli keluarga serta wang saku yang telah diberikan. Ada yang memilih secara sambil lewa dan sebagainya . Jika belia alpa dalam memilih seseorang pemimpin ia mengundang kepada kehancuran dan menghakis nilai kualiti belia dalam negeri yang tercinta ini.
Sebagai seorang anak bangsa , pandangan saya untuk mengatasi isu ini pihak berautoriti perlu memberi pendedahan secara holistik sebelum menjelangnya PRN . Pelbagai inisiatif boleh dilaksanakan khususnya dalam institusi pendidikan yang menghimpunkan seluruh belia. Dengan adanya pendedahan belia dapat memahami bagaimana untuk memilih pemimpin dan siapa yang perlu dipilih untuk diangkat dan dimartabat untuk mentadbir negeri yang dicinta .
Ini bukan masa untuk bermain – main lagi ini masa untuk menentukan sama ada kita menuju kemajuan atau rebah jatuh di negeri sendiri . Undi belia sangat diperlukan untuk membentuk sebuah perubahan dan kesejahteraan sama ada di dalam negeri ataupun dalam negara
Semoga PRN yang kian tiba ini belia dapat memilih pemimpin yang boleh berbakti kepada anak bangsa dan sekali gus mengekalkan kesejahteraan.
*Penulis adalah Muhd Akmal Bin Mustapha, berumur 19 tahun dan merupakan seorang warganegara Malaysia. Dari segi pendidikan, beliau memiliki Sijil Kemahiran, Sijil Vokasional Malaysia (SVM) serta Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang peguam atau pakar teknologi. Selain itu, beliau juga mempunyai minat dalam menulis, berpidato, berdebat, dan aktiviti yang berkaitan dengan pengucapan awam.
(Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian filsufi.my)