(peristiwa perjuangan kemanusiaan pada Oktober 2025 demi membantu Gazza)

pada malam-malam panjang
angin menghembus
menggilis piano malam
bernada sunyi dan kenestapaan.
mendukakan jutaan
terus dipanah kesedaran nikmat
di bumi kayangan.
Dia lalu menggengam jiwa
yang basah lencun melihat harapan
berlayar ke negara suci
wilayah Nabi.
Yang istimewa itu bilang dia-dia seberang sana,
bukan makanan dan hadiah kelengkapan tertunggu-tunggu
namun santunan membudikan tetamu
di rumah-rumah kemanusiaan.
yang tidak mahu terus tinggal lesu.
Nota : Alhamdulillah, 23 rakyat Malaysia dibebaskan setelah ditahan ke Pelabuhan Ashdon.


