Home / Pendapat / Seni & Budaya / Syurga dalam Botol gegar 45 pawagam seluruh negara

Syurga dalam Botol gegar 45 pawagam seluruh negara

KOTA KINABALU, SABAH – Filem Syurga Dalam Botol, naskhah arahan pengarah Ebi Kornelis dari Sabah, bakal ditayangkan serentak di 45 pawagam seluruh Malaysia pada Oktober 2025.

Filem ini yang sudah mencuri perhatian ramai di tayangan perdana di Kota Kinabalu membawa kisah realiti kehidupan masyarakat Borneo yang jarang sekali diangkat di layar perak arus perdana.

Dengan gabungan tenaga anak muda Sabah, jalan cerita yang dekat dengan isu sosial serta sinematografi yang segar, Syurga Dalam Botol dijangka menjadi antara karya tempatan paling berpengaruh tahun ini.

Foto: Ebi Kornelis

Bagi ramai penonton, tayangan ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga satu ruang representasi – memperlihatkan bahawa cerita dari Sabah wajar berdiri sama tinggi di pentas seni tanah air.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *