Do it Yourself (D.I.Y) dalam komuniti bawah tanah (Hardcorepunk) sering mencerminkan semangat berjalan di atas kaki sendiri untuk memberi satu kebebasan kreativiti tanpa bergantung pada sistem arus perdana. Tetapi masa sekarang ini yang menilai berdasarkan karya keuntungan dan populariti yang masih dikejar. Amalan D.I.Y telah melakukan satu keikhlasan dalam hati tetapi sering diremehkan oleh masyarakat awam. Dengan ini cuba mengupas dengan lebih mendalam untuk memberi satu makna besar D.I.Y adalah satu pendidikan sosial yang cuba menentang budaya terhadap hegemoni sosial.
Dunia moden yang serba sepantas kilat kian terbiasa dengan cepat samalah makanan saji segera, hiburan segera bahkan kejayaan segera. Akan tetapi di sebalik dunia komersial, masih ada yang masih menentang arah dan gaya kehidupan mereka yang terus bersemangat mengamalkan Do it Yourself (D.I.Y).
Dalam masyarakat komuniti Hardcore Punk, D.I.Y bukanlah sekadar aktiviti atau gaya ubah hidup bahkan satu gaya falsafah yang bersifat berdikari, jujur dan menolak segala kebergantungan terhadap sistem besar. Punk tidak hanya menunggu dana besar dari penaja malahan meneruskan untuk berkarya dengan semangat tanpa batas. Mereka melakukan sendiri seperti rakam lagu, rekat baju, reka baju kulit, anjur gig sendiri malah menghasilkan zine sebagai satu wahana ekspresi bebas.
Tetapi ada benda pelik bagi masyarakat umum bahawa D.I.Y adalah satu “kreativiti anak muda” yang masih dipandang serong. D.I.Y dilihat sebagai bukan kerja hakiki dan tidak profesional atau sekadar minat remaja yang tidak menjanjikan masa depan. Sebenarnya, pemikiran sebegitu bukan hanya melihat fizikal sejauh mana sudah terlalu terikat dengan budaya kapital mahupun mengikut syarat rasmi seolah-olah kreativiti hanya sah jika diluluskan oleh pasaran.

Selain itu, kekuatan D.I.Y telah mendidik tentang tanggungjawab mengenai solidariti dan kejujuran seorang manusia. Perkara ini juga melatih anak muda untuk berdiri atas kaki sendiri untuk berfikir demi menghasilkan sesuatu daripada benda yang tiada kepada ada. Amalan D.I.Y juga bukan hanya lantang bersuara dalam muzik tetapi ruang untuk membina komuniti yang menghargai keaslian dan kebebasan ekspresi.
Dalam dunia ini dipenuhi oleh jenama besar yang menguasai algoritma media sosial, D.I. Y adalah sebagai bentuk penentangan moral terhadap kepalsuan. Ia menolak segala idea bahawa nilai seni terletak pada bilangan tontonan, penajaan dan ganjaran material lumayan. Bagi mereka yang memahami semangat ini bahawa D.I.Y adalah satu bentuk kebebasan yang paling jujur dan ikhlas serta bebas dari pengaruh pasaran bebas dari hierarki budaya.
Hakikatnya, masyarakat kini sering melaungkan slogan seperti Malaysia Madani yang menekankan kebersamaan terhadap kemandirian terhadap tanggungjawab sosial. Perkara ini menunjukkan bahawa kreativiti tidak semestinya bergantung pada modal besar atau nama terkenal. Kekuatan D.I.Y terletak keikhlasan yang bersungguh dalam menghasilkan sesuatu dariapda sumber yang terbatas.
Masyarakat umum sering dianggap yang terletak kejayaan yang datang hanya dalam sistem yang tersusun berskala besar. Akan tetapi sejarah membuktikan bahawa banyak gerakan budaya dan seni lahir daripada ruang kecil yang jujur dariapda kesedaran untuk berkarya menggunakan D.I.Y sebagai wadah kebeasan untuk menentang ketidaseimbangan sosial dan ekonomi melalui seni.
Oleh itu, sudah tiba masyarakat perlu memberi perhatian semula memngenai nilai D.I.Y ia boleh dijadikan sebagai asas kepada pembangunan ekonomi mikiro kreatif, terutama dalam kalangan belia. Pendekatan ini selaras dengan usaha negara demi membina masyarakat yang kreatif dan berdaya tahan yang tidak hanya menunggu pelaung tetapi menciptanya.
Kesimpulannya amalan D.I.Y mengajar bahawa kerja tangan sendiri bukan simbol kekurangan tetapi keikhlasan seorang kemanusiaan. Dalam dunia yang semakin bergantung pada teknologi dan penajaan, nilai kejujuran seperti ini semakin sukar diemui. Dengan itu , D.I.Y harus dilihat bukan sebagai budaya pinggiran tetapi sebagai sumbangan budaya yang tulen kepada pembentukan masyarakat yang kreatif, berdikari dan berpaksikan kejujuran.
(Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian filsufi.my)





One Comment