Home / Pendapat / Komuniti / Kambai Record Store Kumpul Dana Tenaga Solar di Ranau

Kambai Record Store Kumpul Dana Tenaga Solar di Ranau

Kota Kinabalu, Sabah – Kedai muzik bebas Kambai Record Store yang bertapak di Ruang Tamu Ekosistem dengan kerjasama kugiran bawah tanah tempatan Pogowolves, telah melancarkan inisiatif kutipan dana untuk membawa tenaga solar ke kampung pedalaman di Ranau.

Kredit: FB Kusottare Record, Pogowolves Sparks West Inferno 2025, artwork by Agus

Usaha ini bertujuan untuk membekalkan 13 buah rumah di Kampung Kigiwit / Barambang di daerah Ranau dengan sistem tenaga solar, dengan setiap set bernilai kira-kira RM1,500. Jumlah sasaran kutipan dana adalah RM20,000.

Dana dikumpul melalui jualan barangan – termasuk kemeja-T dan edisi terhad poster cetakan ukiran kayu – serta sumbangan terus daripada komuniti. Sehingga April 2025, kempen ini telah berjaya mengutip lebih RM2,000. Namun, inisiatif ini masih lagi berjalan sehingga target dicapai.

Projek ini menggambarkan peranan Kambai Record Store bukan sahaja sebagai kedai rekod, tetapi juga sebagai platform komuniti yang menyokong budaya bawah tanah tempatan dan menyalurkan semangat DIY ke arah tindakan yang bermakna.

Orang ramai boleh menyokong dengan membeli barangan kutipan dana atau menyumbang secara terus. Perkembangan terkini mengenai kempen ini dikongsi melalui laman media sosial Kambai Record Store.

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *