KOTA KINABALU, 9 September 2025 – Sebuah media alternatif baharu, filsufi.my, dilancarkan hari ini sebagai ruang bebas untuk suara-suara yang jarang diangkat oleh arus perdana.
Dengan membawa tagline raw voices media, filsufi.my berperanan mengetengahkan berita, opini, aktivisme, seni, dan wacana kritikal yang memberi ruang kepada perspektif masyarakat dari bawah.
“Ini bukan sekadar laman web, tapi ruang perlawanan wacana. filsufi.my lahir untuk memberi suara kepada yang dibisukan,” kata pengasasnya.
filsufi.my turut menjemput rakan-rakan aktivis, gerakan alternatif, komuniti seni, dan kolektif independen untuk sama-sama menyumbang karya, berita, dan tulisan. Platform ini terbuka kepada mereka yang ingin menulis, berkongsi perspektif, dan membina wacana segar di luar batas kawalan media arus perdana.
Pelancaran filsufi.my diharap menjadi langkah awal membina medium kolektif yang lebih bebas, segar, dan berani.




