KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2025
Gerakan progresif dari seluruh dunia bakal berhimpun di Kuala Lumpur bagi menghadiri Socialism 2025, sebuah persidangan antarabangsa yang menghimpunkan aktivis, ahli akademik, dan pejuang sosial dari pelbagai benua untuk membincangkan krisis global dan masa depan keadilan sosial.
Bertemakan “Collective Liberation, Not Collective Collapse”, program dua hari ini akan berlangsung pada 15–16 November 2025 di Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH).
Persidangan ini dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan akan menampilkan barisan penceramah antarabangsa termasuk Markela Panegyres (Socialist Alliance, Australia), Janaka Adikari (Sri Lanka), Lapapan Supamanta (Assembly of the Poor, Thailand), dan Surya Anta (Parti Pembebasan Rakyat, Indonesia).
Antara tajuk perbincangan utama termasuk:
• People’s Power in the Periphery: Lessons from the Global South
• Selective Justice: Palestine and the International Order
• Anti-Imperialist Struggles and the Crisis of the International Order
• Food Sufficiency as Freedom
Acara ini juga menyediakan bengkel interaktif mengenai keadilan ekonomi, peranan negara dalam membina sosialisme, serta isu buruh dan perdagangan global dari sudut gender.
Penganjur menjelaskan bahawa Socialism 2025 bertujuan memperkukuh solidariti antarabangsa dan mencari jalan untuk “membina dunia yang lebih adil dan bebas dari penindasan ekonomi, politik dan sosial.”
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan tiket dan maklumat lanjut di pautan berikut:
🔗 tinyurl.com/socialism-2025




