Home / Berita / Semasa / Protes bantah lawatan Trump- GEGAR

Protes bantah lawatan Trump- GEGAR

Sumber: GEGAR

KUALA LUMPUR, 18 SEPTEMBER 2025 – Lawatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Malaysia pada 26 Oktober ini bukan sekadar acara diplomatik. Bagi gerakan rakyat, ia adalah simbol kehadiran kapitalisme global yang menindas kelas pekerja, memecahbelahkan massa, dan merompak sumber asli Asia Tenggara.

Sekretariat Bantah Trump (GEGAR) menegaskan bahawa kunjungan ini harus dibalas dengan protes rakyat, kerana Trump bukan sekadar seorang pemimpin, tetapi wakil kelas kapitalis dunia yang telah lama mengheret masyarakat antarabangsa ke dalam krisis perang, kebuluran, kemiskinan, dan kemusnahan alam sekitar.

“Kapitalisme dalam krisis sedang menyaksikan kebangkitan massa di seluruh dunia. Mogok pekerja, aksi jalanan, dan gerakan solidariti membuktikan rakyat tidak lagi tunduk pada sistem ini. Lawatan Trump adalah ujian buat kita di sini untuk bangkit bersama,” ujar jurucakap GEGAR dalam kenyataan.

Lawatan yang Mengundang Perlawanan

Trump dikaitkan dengan pelbagai dasar imperialis – dari campur tangan ketenteraan, sokongan kepada rejim penindas, hinggalah eksploitasi sumber minyak dan galian demi kepentingan korporat Amerika. Bagi GEGAR, kedatangan Trump ke Malaysia hanya akan mengukuhkan jaringan kuasa kapitalis yang menindas rakyat Asia Tenggara.

“26 Oktober bukan hanya tentang menolak seorang individu bernama Trump. Ia tentang menolak sistem yang diwakilinya – peperangan, kebencian, eksploitasi kelas pekerja, dan kemusnahan alam sekitar,” tambah kenyataan itu.

Seruan Turun Bersama

Foto: BDS Malaysia

GEGAR menyeru seluruh rakyat biasa, kelas pekerja, mahasiswa, aktivis, dan kumpulan masyarakat sivil untuk turun ke jalan pada 26 Oktober sebagai tanda solidariti dengan perjuangan global menentang kapitalisme dan imperialisme.

Protes ini bukan hanya medan bantahan, tetapi juga ruang pernyataan solidariti dengan rakyat dunia – termasuk perjuangan rakyat Palestin yang terus berdepan serangan, pengepungan, dan penindasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *