Home / Berita / Semasa / Ultras Malaya tuntut penjelasan isu FAM dan FIFA

Ultras Malaya tuntut penjelasan isu FAM dan FIFA

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2025

Kumpulan penyokong tegar bola sepak negara, Ultras Malaya, mengeluarkan kenyataan tegas menuntut penjelasan segera daripada pihak Football Association of Malaysia (FAM) dan FIFA berhubung isu semasa yang mencetuskan kontroversi dalam arena bola sepak negara.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi mereka, Ultras Malaya menegaskan bahawa suara mereka bukan bertujuan untuk menyerang mana-mana pihak, tetapi sebagai tanda patriotisme terhadap maruah bola sepak Malaysia.

“Kami bersuara kerana maruah bola sepak negara wajar dipertahankan dengan semangat patriotisme, bukan ketaatan membuta tuli,” tegas kenyataan itu.

Mereka juga menuntut agar semua pihak yang terlibat tampil bertanggungjawab dan memberi penjelasan terbuka terhadap isu yang disifatkan bukan sekadar melibatkan sukan, tetapi juga kedaulatan negara.

“Maruah sebenar tidak dipertahankan dengan diam. Ia hanya boleh ditegakkan dengan integriti, bukan dengan menutup kelemahan, menyembunyikan kebenaran, atau menyapu persoalan rakyat ke bawah karpet,” tambah kenyataan itu lagi.

Ultras Malaya mengakhiri kenyataan mereka dengan seruan bahawa penyokong dan rakyat berhak tahu kebenaran di sebalik kemelut yang sedang berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *