Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek telah memperkenalkan bentuk perubahan pedagogi bagi arus pendidikan Malaysia iaitu CO – Teaching yang bakal dilaksanakan pada tahun 2027. Tatkala perkara ini sudah diumumkan mencetus satu perdebatan ideologi di kalangan ibu bapa , aktivis dan terutamanya pakar pendidikan negara. Persoalan paling utama apa itu CO-Teaching ? Bagaimana ia mampu memberi nafas baharu dalam pendidikan negara ? Adakah murid – murid mampu beradaptasi dengan norma baharu ini?
Ini pandangan seorang anak bangsa yang merisaukan nasib pendidikan negara
CO-Teaching atau “team teaching” bermaksud dua (atau lebih) guru secara bersama merancang, mengajar dan menilai satu kumpulan pelajar dalam satu bilik darjah atau ruang pembelajaran yang sama. Dalam satu bilik darjah terdapat dua orang guru yang boleh dibahagikan kepada dua tugas iaitu seorang membawa pengalaman dan seorang lagi mempersembahkan tenaga dan idea yang segar serta bugar. Melalui CO-Teaching ia dapat menilai tahap literasi pendidikan murid sama ada dapat menguasai sesuatu subjek tersebut ataupun tidak . Walhal melalui pendekatan ini membantu guru untuk menangani cabaran kepelbagaian seperti tingkahlaku , sosioemosi murid dan perspektif yang lain. Dengan adanya dua (atau lebih) guru dalam bilik darjah ia sama sekali dapat merangka strategi yang lebih teratur untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dalam bilik darjah.
CO-Teaching bukan perkara yang baru wujud dalam arus pendidikan ia sudah dilaksanakan oleh negara-negara maju seperti Finland , Jepun,United Arab Estimates (UAE) malah sudah dilaksanakan di negara kita sendiri iaitu di Selangor Malaysia di peringkat fasa penilaian pelaksanaan bagi peringkat pendidikan inklusif iaitu satu pendekatan membolehkan murid bekeperluan khas duduk bersama – sama murid arus perdana di dalam satu bilik darjah.
Fakta menarik yang telah ditemui daripada Kajian “The Level of Implementation of Co-Teaching and its Differences Among Teachers Teaching in Inclusive Classrooms” terbitan Mohd Arifudin Ateh dan Mohd Mokhtar Tahar yang dijalankan di Selangor Malaysia menunjukkan bahawa pelaksanaan komponen co-teaching berada pada tahap sederhana pada kadar 3.90 dalam kelas inklusif. Melalui kajian ini menunjukkan Malaysia sudah memulakan langkah untuk mengguna pakai model co-teaching dalam pendidikan inklusif, tetapi masih dalam peringkat pengukuhan (masih banyak ruang untuk mempertingkatkan latihan guru, kerjasama & perancangan bersama).
CO-Teaching mempunyai 6 bentuk atau model pembelajaran iaitu One Teach One Assist,Station Teaching, Parallel Teaching,Alternative Teaching, Team Teaching, dan yang terakhir One Teach, One Observe. 6 Kaedah ini perlu disesuaikan kepada guru -guru di Malaysia dengan memberikan latihan yang berkualiti dan secara praktikal. Melalui latihan yang dijalankan ia membantu sedikit sebanyak guru – guru untuk melakukan persediaan dan merangka strategi yang baik sebelum memulakan sesi pembelajaran
Bagaimana murid dalam negara dapat beradaptasi dengan norma baharu pembelajaran?
Sebelum kita melihat dalam negara kita lihat terlebih dahulu negara maju yang sudah melaksanakan kaedah ini seperti negara Finland . Negara Finland memberi pendedahan tentang sistem ini pada peringkat sekolah rendah murid diajar bahawa setiap orang belajar dengan cara berbeza. Jadi bila ada dua guru, mereka tidak rasa janggal.Manakala di negara jepun yang terkenal dengan akses sumber dan teknologi mereka melaksanakan kaedah ini dengan penggunaan teknologi. Sebagai contoh, penggunaan iPad atau sistem digital dalam co-teaching memudahkan pembahagian kumpulan. Melihat pula kepada negara Amerika Syarikat , mereka melatih murid untuk berinteraksi dan bertanya soalan tanpa rasa takut. Ini memudahkan interaksi dengan dua guru. Kunci utama untuk memastikan murid – murid dapat beradaptasi dengan lancar ialah mewujudkan budaya sokongan kolaborasi bukan hanya sekadar persaingan semata – mata . Selain itu , Ibu bapa dan komuniti perlu memainkan peranan penting untuk menerima dan membina kefahaman pada peringkat awal.

Namun menyedari hakikat langit tak selalu indah malam tidak selalu terang tatkala perkara ini dilihat sebagai satu langkah yang baharu untuk dilaksanakan ada perkara yang perlu ditimbang tara iaitu keadaan sekolah dalam negara kita . Hari ini , hampir separuh sekolah dalam negara khususnya di kawasan pedalaman tidak mempunyai dan kelemahan infrastruktur yang lengkap . Pada masa sekarang dalam satu kelas mempunyai sekitar 30 hingga 45 murid . Walhal dengan anggaran sedemikian menunjukkan kapasiti yang cukup banyak , apabila 2 orang guru mengajar dalam satu kelas ia boleh membantutkan pergerakan guru malah ianya mencetuskan keadaan yang huru hara dan tidak terkawal.
Negara luar yang telah melaksanakan CO-Teaching telah mengehadkan kapasiti murid di setiap kelas iaitu sebanyak 25 orang dalam satu kelas, sebab itulah mereka melaksanakan kaedah tersebut. Menurut Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA UKM), Dr. Anuar Ahmad menjelaskan “Bayangkan, guru yang mengajar di hadapan bercakap kuat sebab pelajar ramai, cikgu kedua pula mahu bercakap dengan Kumpulan kecil, namun suara guru pertama menganggu. Akhirnya kelas jadi makin bising” . Inilah satu bentuk keadaan yang merisaukan kepada guru – guru untuk melakukan sesi pedagogi di dalam kelas.
Maka untuk melaksanakan pendekatan tersebut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu melakukan penambahbaikan infrastruktur dan mengkaji dengan lebih mendalam kaedah yang bakal digunapakai. KPM juga perlu menyediakan satu pelan rancangan keberkesanan kaedah ini dan meminta daripada pakar – pakar pendidikan serta aktivis pendidikan.
Memang tidak dinafikan CO-Teaching sememangnya dapat meningkatkan pencapaian murid serta gred peratus kelulusan dalam sekolah dan merupakan langkah untuk memajukan sistem pendidikan negara . Namun tepuk dada tanya selera apa yang perlu dilakukan sebelum melaksanakan perkara sedemikian. Ini bukan cabaran bagi seorang murid sahaja untuk memahami pengajaran 2 orang guru dalam kelas tetapi bagi seorang pendidik yang perlu menyesuaikan diri dengan kaedah yang baharu.
Adakah ini satu langkah yang baik untuk memberi nafas baharu dalam pendidikan negara?
Jikalau perkara asas seperti infrastruktur masih tidak dipedulikan. Kunci keberkesanan perkara ini ialah memastikan taraf infrastruktur yang baik barulah ia berkesan untuk dilaksanakan dan melaksanakan persediaan yang mencukupi sekurang kurangnya 2 tahun untuk memastikan guru dapat beradaptasi dengan kaedah tersebut.
Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian filsufi.my




