Home / Pendapat / Kerajaan  Uthmaniah & Kerajaan Melaka: Bantuan Semasa Jatuhnya Melaka Ke Tangan Portugis

Kerajaan  Uthmaniah & Kerajaan Melaka: Bantuan Semasa Jatuhnya Melaka Ke Tangan Portugis

Semua tahu bahawa Melaka jatuh ke tangan Potugis pada 1511.

Namun di sebalik sejarah kejatuhan itu, terdapat satu rentetan peristiwa diplomatik dan ketenteraan yang jarang di angkat iaitu kisah tentang bagaimana Empayar Uthmaniyah  menghantar bala tentera untuk menyelamatkan Melaka.

Abad ke-15 menyaksikan Melaka sebagai pusat perdagangan penting yang menghubungkan Timur dan Barat. Kapal dari Arab, Mesir, Gujarat dan Yaman menjadikan Melaka sebagai pusat perniagaan rempah dan tekstil. Stabiliti Melaka memastikan kelancaran ekonomi dunia Islam.

Maka apabila Portugis muncul cuba memonopoli Lautan Hindi, ancaman itu tidak hanya ditujukan kepada Melaka, tetapi kepada seluruh jaringan perdagangan Islam.

Sumber Arab dan Turki mencatatkan bahawa sebaik sahaja Melaka jatuh, pedagang Islam telah menghebahkan tentang kejatuhan Melaka ke dunia Islam. Berita ini sampai ke telinga Sultan Selim I, yang memang terkenal lantang menentang dominasi Portugis di Lautan Hindi.

Selepas berundur ke Muar dan kemudian ke Kampar, Sultan Mahmud Shah menghantar utusan khas ke Istanbul sekitar 1512–1513.

Tujuannya adalah untuk memohon bantuan tentera Uthmaniyah untuk mengusir Portugis dari Melaka.

Catatan sejarah menyebut utusan Melaka diterima baik di istana Uthmaniyah. Rayuan itu dianggap penting kerana Melaka adalah benteng perdagangan Islam di Timur

Sultan Selim I mengarahkan untuk membina armada untuk ke timur

Sumber Turki Ottoman menyebut bahawa Sultan Selim I segera mengarahkan pembinaan galleon besar di Suez dan pengukuhan Armada Laut Merah bagi persiapan serangan terhadap pangkalan Portugis di Timur

Namun, realiti politik Uthmaniyah ketika itu menghambat usaha tersebut iaitu pemberontakan di Mesir dan konflik dengan Safavid menghalang bala tentera bergerak jauh ke Timur.

Walaupun tidak sempat membantu Melaka pada 1511, bantuan Uthmaniyah tetap berterusan dalam bentuk lain.

1. Armada Hadim Suleiman Pasha (1538)

70 kapal perang Uthmaniyah dilancarkan ke Lautan Hindi
untuk memusnahkan penguasaan Portugis di Yaman, India dan Lautan Hindi.

2. Hubungan Uthmaniyah–Aceh

Kesultanan Aceh menjadi penerima bantuan terbesar iaitu meriam besar, jurutera senjata, tentera Janissari dan teknologi kapal perang

Aceh kemudian menyerang Melaka beberapa kali (1537, 1568, 1573) menggunakan teknologi ketenteraan Uthmaniyah. Ini adalah kesan langsung daripada permintaan bantuan yang pernah dihantar oleh Melaka selepas kejatuhan 1511.

Sejarah mengesahkan bahawa Melaka memang meminta bantuan Uthmaniyah selepas 1511. Uthmaniyah bertindak, tetapi bantuan langsung tidak sempat sampai. Campur tangan Uthmaniyah tetap berlaku melalui Aceh, yang menjadi sekutu ketenteraan untuk menghalang Portugis menguasai seluruh Nusantara.

Kisah ini menunjukkan bahawa Melaka bukan kerajaan terpencil, ia adalah sebahagian daripada geopolitik global yang lebih besar, menghubungkan Nusantara dengan sebuah empayar yang menguasai tiga benua.

RUJUKAN

Sumber Akademik & Sejarah

Halil İnalcık, The Ottoman Empire: The Classical Age 1300–1600, Phoenix Press, 2001.
Giancarlo Casale, The Ottoman Age of Exploration, Oxford University Press, 2010.
M.A.P. Meilink-Roelofsz, Asian Trade and European Influence in the Indonesian Archipelago (1500–1630), The Hague, 1962.
T. Ibrahim Alfian, Wajah Aceh Dalam Lintasan Sejarah, Jakarta, 1987.
D.G.E. Hall, A History of South-East Asia, Macmillan, 1981.
C. R. Boxer, The Portuguese Seaborne Empire 1415–1825, Hutchinson, 1969.
Syed Muhd. Khairudin Aljunied, Muslim Cosmopolitanism: Southeast Asian Islam in Comparative Perspective, Edinburgh University Press, 2017.

Catatan & Manuskrip Berkaitan Hubungan Uthmaniyah–Nusantara

Tarikh Aceh (manuskrip tempatan).
Chronicles of the Ottoman Navy – Arsip Bahriye, Istanbul.
Portuguese Asia Documents (1511–1560) – Arquivo Nacional Torre do Tombo, Lisbon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *