Dari bahasa Melayu klasik orang yang hendak berpergian jauh di katakan hendak “melayar”. Sebutan minang “melayo” dan sebutan Melaka pula “melayu”.
Melayu ertinya belayar jauh.
Bukan sekadar bangsa, tetapi sebuah jiwa yang lahir dari laut, dibesarkan oleh ombak, dan disapa angin keinginan yang kuat.
Baru-baru satu penemuan kapal besar atau “jong” ditemui di Pulau Melaka yang dikatakan dari abad ke 13.
Ini memberi petunjuk dari perahu kecil di muara sungai hingga kapal besar yang menyeberang samudera, bangsa ini telah lama mengenal makna pengembaraan.
Dalam masa tak sampai satu abad bangsa Melayu merdeka, Melayu telah bangkit menjadi bangsa yang maju, meninggalkan negara-negara lain yang pernah terjajah.
Kalau dulu Melaka berdiri megah kerana semangat belayar itu, semangat yang menyatukan dunia Timur dan Barat, menyulam bahasa, budaya, dan peradaban menjadi satu benang emas yang bernama Melayu.
Kini, belayar itu tidak berhenti di laut.
Hari ini, Melayu terus berlayar di samudera ilmu, di lautan fikiran, di ombak digital yang tiada pantai.
Kerana Melayu tidak dilahirkan untuk diam di tepi pantai.
Dalam darahnya mengalir keberanian untuk pergi lebih jauh, dan dalam jiwanya hidup keyakinan bahawa setiap perjalanan adalah jalan pulang pulang kepada asal, kepada Tuhan, kepada makna diri. Walaupun maju dan moden, Melayu tetap menjadi bangsa yang dekat dengan Pencipta.




