Home / Pendapat / Seni & Budaya / Makna kebebasan dalam “Positively God Free” oleh Yusry Sulaiman

Makna kebebasan dalam “Positively God Free” oleh Yusry Sulaiman

Lagu “Positively God Free” adalah berasal lagu dari Punch yang merupakan sebuah kugiran yang sarat dengan kritikan sosial. Secara pendekatan lirik ini sangat berani serta mempunyai suara lantangan tegas serta mengajak pendengar menilai semula makna kebebasan, kejujuran diri dan keimanan di era moden. Secara kasar, tajuk lagu ini nampaknya satu provokasi jika disalah tafsir sebagai penolakan penganutan agama secara buta. Jika melihat secara mendalam, lagu ini bukannya bermaksud menjadi bebas tanpa asas tetapi manusia mesti menilai secara bebas tanpa sebarang kepura-puraan, tekanan sosial dan dogma yang membelenggu pemikiran manusia.

“Positively God Free” menekankan idea kebebasan berfikir dan secara kekal. Dengan itu, Punch Band menggambarkan situasi di mana nilai moral selalu dipaksakan tanpa memikirkan ruang muhasabah. Secara realitinya msyarakat hari ini tidak sedikitpun bagi individu yang mematuhi peraturan secara buta tuli kerana sifat kefahaman kerana takut dihukum atau dipinggirkan. Lagu ini menentang keadaan tersebut dengan menyeru pendengar agar berani bertanya sama ada menilai serta memilih jalan hidup berdasarkan kesedaran diri bukannya paksaan luar.

Selain itu, lagu ini mengkritik tentang hipokrasi manusia terutama dalam kehidupan sosial yang semakin berleluasa. Kata-kata dalam lirik ini seringkali digunakan sebagai “topeng malaikat” yang menyembunyikan sikap tidak jujur sambil melakukan penindasan, hingga berlakunya ketidakadilan. Band Punch mengingatkan bahawa nilai kemanusiaan seperti empati, kejujuran dan keadilan lebih utama daripada penampilan luaran yang berkelihatan “bermoral”. Dalam konteks “God Free” tidak bermaksud bebas daripada nilai ketuhanan tetapi bebas daripada penyalahgunaan konsep ketuhanan unutk mengawal atau menghakimi orang lain.

Dari segi muzik, ia menggunakan Hardcore Punk yang laju serta keras tetapi beremosi sehingga memberi satu mesej lagu sambil laungan vokal yang sangat keras. Muzik lagu ini mempunyai dinamik yang tidak berlebihan menjadikan fokus utama tertumpu kepada lirik, seolah-olah pendengar diajak masuk ke dalam dialog batin penulis lagu itu senditi. Keseluruhan pengalaman lagu ini bersifat reflektif dan mengundang muhasabah diri.

Tahap kerelevenan lagu ini dengan kehidupan seharian amat ketara terutama bagi kalangan orang muda. Orang muda selalu menghadapi tekanan untuk memenuhi jangkaan keluarga, masyarakat serta sistem tanpa memahami tujuan sebenar di sebaliknya. Lagu ini memberi kesedaran tentang menjadi seorang kemanusiaan yang bermakna bukanlah tentang memenuhi semua kehendak luar. Langkah ini mnejadi satu keberanian untuk hidup dengan nilai yang patut difahami dan diyakini. Selain itu, ia telah menghantar satu mesej iaitu tahap kejujuran ataupun integriti yang diketengahkan lagu ini bahawa kejayaan tanpa kejujuran hanyalah kosong dan tidak kekal.

Tuntasnya, “ Positvitely God Free” oleh Punch yang merupakan sebuah karya yang mengajak para pendengar melihat tentang kehidupan dari sudut yang lebih jujur dan berani. Lagu ini juga tidak mengajak menolak keagamaan, sebaliknya menyeru umat manusia hargai pembebasan daripada hidup yang palsu serta ketakutan yang menghalang daripada menjadi diri sendiri. Hanya kerana ia dianggap sebuah lagu bawah tanah, lagu ini kurang dihargai tetapi impak kepada para pendengar. Lagu ini mempunyai mesej sosial secara matang dan releven dalam perbincangan tentang kebebasan dalam masyarakat kontemporari.

Senarai pemain
Brian Stern
Giacomo Zatti
Keith Bartolomei
Valeriano Saucedo
Meghan O’ Neil

Laman Sesawang
Punch- Positively God Free dari Push/Pull (2010)

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *