Home / Pendapat / Politik / Sabah tergantung dengan perebutan mandat dan jalan pembentukan kerajaan baharu oleh Yusry Sulaiman

Sabah tergantung dengan perebutan mandat dan jalan pembentukan kerajaan baharu oleh Yusry Sulaiman

Dalam landskap politik di Sabah semakin berkobar-kobar apabila pilihan raya Negeri (PRN) Sabah 2025 menghasilkan keputusan paling seimbang dalam sejarah moden negeri itu. Dengan tiada satu pun parti memperoleh majoriti mudah 40 kerusi. Sabah kini secara rasmi memasuki episod Dewan Undang Negeri (DUN) tergantung sekali gus membuka ruang politik intensif yang dijangka menjadi penentu kepada masa depan pentadbiran negeri. Dalam keputusan rasmi PRN merekodkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai pemenang terbesar dengan 29 kerusi diikuti rapat oleh Warisan dapat 25 kerusi. Manakala parti lain mencatatkan kemenangan lebih kecil tetapi jelas dalam menentukan pembentukan kerajaan. Antaranya BN 6 kerusi, UPKO 3 Kerusi, STAR 2 Kerusi, KDM 1 Kerusi, Pakatan Harapan 1 Kerusi dan PN 1 Kerusi. Mengikut peta politik telah terpecah kepada pelbagai blok aliran iaitu membuat rundingan kini agar menjadi nadi perkembangan dalam politik pasca pilihan raya.

​Sebagai parti yang mendahului kerusi, GRS berada dalam kedudukan paling kukuh untuk menggerakkan pembentukan kerajaan negeri. Labuan paling realistik ialah kerjasama dengan BN, UPKO, STAR serta beberapa calon bebas. Kalau berjaya jumlah gabungan ini boleh melonjak 40 atau 43 kerusi dengan memberikan majoriti secara aman. Kejadian ini dianggap stabil kerana GRS mempunyai jaringan politik yang lebih mantap dalam pentadbiran negeri sepanjang tempoh sebelumnya. Tambahan pula, kempen GRS yang tertumpu kepada kestabilan, pembangunan dan penegasan identiti politik Sabah memperkukuh keyakinan pengundi dan pemimpin tempatan. Ini menjadikan gabungan ini pilihan yang paling dekat kepada realiti politik semasa.

​Berkemungkinan Warisan merupakan peluang tidak besar kerana mempunyai jumlah kerusi kedua tertinggi. WARISAN mempunyai potensi mengetuai formula alternatif dengan menyatukan BN, UPKO, KDM, PH dan sebahagian Calon Bebas yang kalau digabungkan mampu menghasilkan angka 36 sehingga 41 kerusi. Walaupun senario ini memerlukan perubahan besar pendirian parti tertentu, benda ini bukan mustahil dalam konteks politik Sabah yang terkenal serta mengejutkan. Oleh itu WARISAN membawa naratif memperkukuh suara rakyat Sabah iaitu isu autonomi negeri dan reformasi pentadbiran iaitu mengeluarkan agenda yang boleh menarik minat dengan parti-parti kecil serta calon yang mementingkan kepentingan tempatan.

​Politik di Sabah mempunyai persaingan sengit yang hampir seimbang antara dua blok besar dan mengalami timbul beberapa cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah (Sabah Unity Govermnent). Kemungkinan tindakan ini cuba menghimpunkan di antara GRS dan WARISAN bersama dengan parti lain untuk memastikan pentadbiran yang stabil dan mengurangkan risiko pertukaran kerajaan secara mendadak, mungkin akan berlaku besar dalam sejarah politik Sabah. Namun idea ini kurang disukai oleh penyokong tegar kerana parti masing-masing mau dianggap sebagai parti yang stabil demi memulihkan kepercayaan dari rakyat serta elak dari politik katak ( lompat parti ). Rakyat berharap kepada pemimpin untuk fokus pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kebajikan rakyat Sabah.

​Apa yang diharapkan kepada rakyat Sabah melalui keputusan PRN 2025 iaitu para pengundi mahukan suara tempatan didengari. Rakyat kini bukan lagi peringkat naratif nasional malahan politik tempatan yang memahami realiti masyarakat Sabah. Bagi parti besar mengalami kekalahan yang dianggap “kubu kuat” sebelum telah “swing” mood pengundi dengan fokus kepada kepimpinan yang berintegriti, prihatin masyarakat setempat dan penolakan budaya politik lama.

​Kesimpulan, dengan hasil rundingan yang sedang berlangsung secara bersungguh-sungguh demi mencari arah tuju kerajaan yang lebih baik tetapi masih main tarik tali sebenarnya. Tetapi apa yang pasti PRN 2025 telah membuka lembaran baharu dalam politik Sabah yang lebih terbuka, lebih bersaing sengit dan lebih melihat dari suara rakyat. Oleh itu, Sabah kini adalah penting dalam arena politik Malaysia kerana dalam beberapa keputusan rundingan politik akan menentukan bukan sahaja siapa memerintah tetapi bagaimana masa depan negeri ini akan dibentuk.

Dr. Yusry Sulaiman

Pensyarah Kanan

Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun & Falsafah

Universiti Utara Malaysia

Harapan tiada harapan, warisan kekal warisan, rumah kita kita jaga walaupun kunci malaya pegang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *